Breaking News

Jadilah Kolomnis Kanal73

Ruang untuk gagasan Anda tentang berbagai hal, seperti permasalahan sosial, politik, ekonomi, pendidikan atau budaya.

Lebaran, Mudik, dan Menara Kembar

Lebaran, Mudik, dan Menara Kembar
Menara kembar Petronas, Kuala Lumpur (foto: TripAdvisor)

SETIAP kali Ramadhan berakhir akan muncullah hari Raya Aidil Fitri atau di Indonesia disebut Lebaran Aidil Fitri. Pulang ke kampung halaman atau “mudik” kata di Indonesia menjadi fenomena biasa setiap kali Lebaran.

Kotaraya Kuala Lumpur akan menjadi lengang dari hiruk-pikuk dan tidak sesibuk biasa. Yang tinggal hanyalah sebahagian mereka yang bertugas, mereka yang tidak dapat bercuti atau yang memang asalnya dari Kuala Lumpur.

Sebahagian besar Bandaraya Kuala Lumpur akan dipenuhi oleh pekerja-pekerja asing yang diberikan cuti Hari Raya Aidil Fitri untuk 2-3 hari.

Bermula dari solat Aidil Fitri, semua masjid-masjid di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur akan dipenuhi oleh pekerja-pekerja asing yang berugama Islam untuk menunaikan solat sunnat Aidil Fitri. Bergerak dari situ, pekerja asing mula memadati beberapa tempat, khususnya kawasan taman di KLCC, Menara berkembar Petronas.

Entah apa yang ada di situ yang membuat mereka berkumpul dan bertemu sahabat dan rakan dari senegara meraikan Aidil Fitri. Malahan ada warga negara yang membayangkan KLCC ketika itu telah “dijajah” oleh pendatang dari negara tertentu. “Seperti di Dhaka” itulah sebutan yang biasa kita dengar. Atau pun, ada yang berkata “dah macam Bangladesh, KLCC”. Hakikatnya tidaklah begitu.

Mungkin ramai yang melepak di situ, ketika itu adalah warga dari negara Bangladesh, tapi ramai juga pekerja asing dari negara lain seperti India, Pakistan, Myanmar, Nepal, Vietnam, Filipina, dan Indonesia. Tu belum termasuk mereka dari Negara Afrika yang seringnya membuat kacau dengan gelagat kurang ajar mereka seperti di negara mereka sendiri.

Warga dari Negara Afrika ini bukanlah pekerja asing, sebaliknya mereka ini rata-rata masuk ke Malaysia atas permit pengajian, tapi membuat pelbagai olah dan scammer-scammer terbesar dalam Negara Malaysia. Merekalah yang sering membuat onar, kacau dan kegiatan yang menyalahi undang-undang. Walaupun bukan semua, tetapi peratusan perlakuan jenayahnya tertinggi.

***

Bagi pekerja-pekerja asing, mungkin juga sebelum ini mereka hanya mendengar kemegahan KLCC tanpa melihatnya secara langsung. Di cuti Lebaran Aidil Fitri adalah kesempatan terbaik untuk mereka melihat sendiri satu ikon terkenal dan merakamkan detik berada di KLCC menjadi suatu memento atau kenangan dan dihantar kepada keluarga di kampung halaman sebagai satu kemegahan berada di luar negara. Mungkin ada juga di kalangan mereka pekerja asing tidak pernah mendengar nama KLCC dan tidak pernah mendapat peluang yang sama di atas faktor jarak dan masa untuk bercuti.

Apa pun KLCC adalah tempatnya para pekerja asing berkumpul dan meraikan Aidil Fitri semasa lebaran dari pagi hinggalah ke malam hari.

Warga tempatan atau pelancung asing, khususnya dari barat sering sedikit gusar dan sedikit takut apabila melintas sekumpulan ratusan manusia ini, biarpun tidak ada gangguan yang dilakukan.

Pihak berkuasa Dewan Bandaraya dan Polis sentiasa berkawal untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku. Sepertimana tahun-tahun yang lepas tidak berlaku sebarang kekecuhan atau insiden yang dikhuawatirkan.

Di tahun tahun sebelum ini terdapat beberapa kekecohan yang ditimbulkan oleh warga dari Negara Benua Afika yang mabuk dan hilang pertimbangan akal akibat akohol dan dadah.

Begitu juga di mall dan pasaraya besar yang lainnya di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dipenuhi oleh pendatang asing yang entah dari mana munculnya. Di perhentian-perhentian bas jelas dipenuhi oleh pendatang-pendatang asing. Kuala lumpur sudah seperti dijajah oleh mereka.

Kedai-kedai mamak juga dipenuhi oleh mereka. Untung juga mamak yang berniaga di hari Raya Aidil Fitri. Jualan mereka seperti biasa tidak seperti yang kita fikirkan, di hari raya tak ada pelanggan.

Fenomena pendatang asing menguasai Kuala Lumpur untuk 2 hari semasa cuti Hari Raya Aidil Fitri ini, telah menjadi lumrah bagi penduduk Kuala Lumpur. Di Bukit Bintang di Mall Mall yang biasanya tak pernah terlihat pendatang asing di 2 hari cuti Aidil Fitri akan dipenuhi oleh pekerja-pekerja asing yang meninjau-ninjau di dalam Komplek Membeli Belah dan Mall. Memang pihak keselamatan kompleks sedikit bersiap siaga kerana biasanya tidak sebegitu. Langkah berjaga-jaga perlu d ambil dalam menangani sebarang jenayah dan insiden yang tidak diingini.

Tidak kurang, kedai kedai yang menjual arak dan akohol yang berkualiti rendah dan minuman bir dalam tin dan botol sangat laku di kedua dua hari ini. Siapakah peminumnya? Tidak dapat kita pastikan dan tidak boleh kita hanya menuduh kepada mereka tanpa ada bukti yang sah. Yang jelas mereka pekerja-pekerja asing dan mereka dari Benua Afrika, ini menjadikan Cuti Hari Raya Aidil Fitri satu pesta untuk mereka menguasai Kuala Lumpur.

Masalah yang sering berlaku adalah kekurangan angkutan awam dan teksi. Hari ini mungkin dapat diatasi dengan adanya GRAB yang sedikit sebanyak dapat menyuraikan masalah trafik dan kekurangan kenderaan awam di masa Cuti Hari Raya.

Masih ada abang-abang teksi yang takut mengambil penumpang pekerja asing di kala Cuti Hari Raya. Sebabnya, tak dapat kita pastikan. Harus kita bertanya kepada abang-abang teksi di Kuala Lumpur, apa yang menjadi sebabnya.

Sedikit sebanyak pergerakan ekonomi di Bandaraya Kuala Lumpur tetap berjalan di masa cuti Hari Raya Aidil Fitri.

Yang sengaja melibatkan diri dengan jenayah juga ada semasa cuti Hari Raya. Inilah harinya mereka mempunyai peluang untuk bergerak setelah lama membuat perancangan. Namun tidaklah begitu tinggi kerana pihak berkuasa polis sering meningkatkan kawalan keselamatan semasa cuti Hari Raya, malahan mereka yang pulang ke kampung juga sudah siap bersedia dengan memastikan rumah dikunci dan keselamatan rumah ditingkatkan.

Apa pun, Hari Raya Aidil Fitri adalah hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa dan hari untuk mereka bersuka ria walaupun cara sambutannya berbeza-beza.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, mohon maaf zahir dan bathin. 

Hingga ketemu lagi.

Salam dari seberang.

* Pemerhati budaya serumpun, menetap di Kuala Lumpur, Malaysia

Tulisan ini adalah kiriman dari pembaca, isi dari tulisan di luar tanggung jawab redaksi!

Komentar

Loading...